ORANG BARU...
Assalammualaikum... hai semua, sya orang baru kat sini. Sebelum ini sya pernah ada menulis blog, tapi sya dah terdelete atas sebab-sebab tertentu. Bila fikir balik menyesal pulak terdelete blog tu sebab dah 4 tahun menulis kat situ. Tapi takpe sebab sya dah create blog yang baru, YEAHH!!! alhamdulillah...
Dekat sini semua orang boleh panggil sya singkatan untuk nama saya Nursyahirah 'Izzati' ok :)
Umur saya 23 tahun sekarang sedang belajar di UiTM kampus Puncak Perdana, Shah Alam sebagai pelajar sepenuh masa tahun ketiga dari program sarjana muda sains maklumat (kepujian) pengurusan rekod.
Sya berasal dari Banting Selangor. Dilahirkan dan dibesarkan di Selangor sejak dari lahir sehingga la sekarang. Ayah sya orang Banting, Ibu pula orang Petaling Jaya. Lepas ibu sya kahwin dengan ayah, ibu terus ikut ayah duduk menetap di sebuah kampung yang agak maju la jugak kat Banting ni. ehhh? kenapa tetiba cerita pasal ibu ni? hahhaha
Sya anak kedua dari lima orang adik beradik. Atas sya ada abang sya, Muhammad Ridhwan... kami boleh tahan rapat la juga, ada apa-apa sya selalu akan cari dia, abang sya tua setahun dari sya je. lepas sya ada adik perempuan sya, Nur Athirah... umur tiya 20 tahun. Tiya ni boleh tahan rapat juga even umur beza 3 tahun. adik kedua perempuan juga, Nurnadhirah Syahmi... sya panggil ami. Kalau dengan ami ni, sya tak berapa rapat sangat tapi still boleh berkawan juga, tahun ni dia 17 tahun, nak ambil SPM dah. Good Luck Ami!! Last sekali satu-satunya adik lelaki yang paling manja sebab bongsu kan... Muhammad Arif Haziq... bila kat rumah sya paling suka buli dan sakat dia, hahhaha... Arif paling rajin tolong ibu dengan ayah kat rumah ni.
Dari kiri Tiya, Sya, Ayah, Ibu, Abang, Ami. Paling kecil, Ariff |
Comments
Post a Comment