#JOMCOOL with my coolest 'Cool Blog'!


========================================================
    #JOMCOOL #JOMCOOL #JOMCOOL #JOMCOOL #JOMCOOL #JOMCOOL
========================================================
Hai! Sya nak tanya ni, pernah tak uolls lihat seseorang, tengok dari rupa dan penampilan je dah buat korang jatuh hati? Lepas uolls kenal, dah tahu sikap dan peribadinya. Buat uolls makin jatuh hati pada dia? Hah! Samalah macam CoolBlog ni, tengok  kiosk  CoolBlog yang serba-serbi meriah ni dari jauh dan decoration nya yang comel ditambah dengan colourfull nya lagi dah cukup buat sya teruja nak terjah ke kiosk CoolBlog. Lepas sya dah beli, dah tahu rasa dan sedapnya CoolBlog ni, serta-merta sya jatuh hati berkali-kali kat coolblog ni. Tak serik nak mencuba-cuba lagi…

Ok, mari sya kongsi apa yang sya minum ini dan mengapa uolls patut cuba sekarang ni juga!

Inilah perisa Teh Tarik by CoolBlog. Sejak mula diperkenalkan sampailah sekarang, sya masih minat dengan perisa ini. Tengok, betapa sukanya dan sayangnya sya sehingga sya boleh “TehTarik” dengan perisa ini. Walaupun perisa baru banyak yang muncul, tapi… perisa yang lain takkan dapat menandingi perisa Teh Tarik by CoolBlog ini, hahaha.

Sya minat perisa Teh Tarik by CoolBlog ini sebab sya suka minum something yang berlemak, jadi Teh Tarik by CoolBlog adalah pilihan yang tepat, dapat memenuhi citarasa sya… sampaikan family dan kawan-kawan dah tahu perisa kegemaran sya! Teh Tarik by CoolBlog!

Chop! Sya asyik membebel pasal CoolBlog ni, uolls tahu tak CoolBlog ni apa? Bunyi macam selalu dengarkan? Pakcik Google pun tahu siapa CoolBlog ni tau.

                                                  
Baiklah, meyh sya beritahu kat uolls. CoolBlog merupakan salah satu jenama antarabangsa yang terkenal di Malaysia dan Singapura yang memberi tumpuan kepada perniagaan berbentuk pencuci mulut dan minuman disamping mengamalkan konsep ‘take-away’.  Kalau uolls perasan outlets CoolBlog ni akan ada di setiap tempat terutamanya mall kan? Sya kira beruntung juga sebab outlet CoolBlog ada kat tempat kawasan sya tinggal dan sya belajar sekarang. Thanks CoolBlog! I love u, CoolBlog!

Ditambah lagi dengan iklim Malaysia yang agak panas menjadikan CoolBlog pilihan rakyat Malaysia terutamanya! Dan apa yang sya perasan, semua peringkat umur menikmati CoolBlog ni. Tak kisahlah kanak-kanak, murid sekolah, remaja, dewasa, warga emas. Semua menikmati CoolBlog. Sekali dah masuk ke dalam mulut, lepastu mengalir terus ke tekak… nikmatnya tu bahagia sangat!!! Yeah!

========================================================
KENAPA UOLLS PATUT CUBA COOLBLOG SEKARANG JUGA! 
#JOMCOOL
========================================================
                                       
1. Pelbagai pilihan citarasa untuk uolls!
Apa yang  menariknya  tentang CoolBlog ni, uolls boleh dapatkan perisa kegemaran uolls sebab CoolBlog menyediakan lebih daripada 25 perasa untuk memenuhi citarasa uolls, tengok! Betapa baiknya CoolBlog ni tau.


                                                 
2. CoolBlog ada perisa baru untuk uolls!
Oh! Paling terbaru CoolBlog telah melancarkan minuman perisa baru yang mampu meransang deria rasa uolls. Menarik bukan? Jomlah gegarkan dunia uolls dengan kelazatan smoothie terbaru CoolBlog, Rasa Rasa Malaysia! Datang dengan tiga perisa iaitu Cendol Durian Smoothie, Coco Yam Pulut Hitam Smoothie dan Coco Kacang Chocolate Smoothie. Sudah pasti Cendol Durian Smoothie yang telah berjaya menarik perhatian sya dahulu (buah pilihan orang Malaysia ni) #JOMCOOL

                       
   
3. CoolBlog ada beraneka topping!
CoolBlog juga ada datangkan sekali topping pilihan uolls, uolls boleh pilih je mana-mana topping yang uolls nak tau. Untuk sya, sya paling suka ‘pearl’. Nikmatnya mengunyah pearl ni susah nak digambarkan, rasa bahagia sangattt… dapat pearl ni dah cukup buat sya tak pandang topping yang lain, hahaha. Untuk setiap topping  yang ditambah, Rm1 akan dicaj.


                                      
4. Harga yang amat berpatutan!
Tentang harga pula uolls jangan risau sebab harga minuman kat CoolBlog ni amat berpatutan, sesuai dengan perisa yang uolls pilih, sya jamin uolls akan berpuas hati! CoolBlog memang pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi sya seorang pelajar yang memerlukan sya berjimat-cermat dalam berbelanja.


                                       
5. Layanan dan perkhidmatan yang bagus!
Apa yang sya suka semasa nak beli CoolBlog ni kan, mereka akan tanya satu persatu soalan demi memastikan order sya sebagai customer dapat memenuhi kemahuan dan permintaan sya sendiri. Lepastu nak beli pun rasa seronok sebab mereka semua murah dengan senyuman, layanan mereka terhadap sya pun, sya berani beri 5 dari 5 bintang, sya nak beli pun rasa senang hati. Terbaiklah CoolBlog!


                                       
6. CoolBlog diiktiraf halal oleh JAKIM.
Buat uolls yang masih ragu-ragu tentang CoolBlog ni. Bangga sya nak nyatakan yang CoolBlog adalah dijamin 100% halal, senang kata uolls tak perlu rasa ragu-ragu untuk membelinya dan mencubanya. CoolBlog juga menitikkan beratkan bahan-bahan yang digunakan untuk memastikan keselamatan pelanggannya yang beragama islam dll. Dari aspek lain, Coolblog amat mengambil berat tentang kebersihan setiap outlet yang ada. Buktinya, setiap outlet yang sya dah pergi semuanya dalam keadaan bersih dan makanan disusun dengan teratur sekali.


                                                       
7. CoolBlog amat peduli tentang kesedaran kesihatan :D
Tak lupa juga, CoolBlog juga mengambil berat terhadap kesedaran kesihatan pelanggannya. Oleh sebab itu, CoolBlog adalah produk yang paling sesuai untuk uolls pilih dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kalau untuk Sya, setiap kali orderkan CoolBlog untuk ibu dan ayah sya. Sya akan minta mereka untuk kurangkan manis dalam CoolBlog ibu dan ayah Sya. Bagus betulkan!

========================================================



                                       

Apa yang boleh sya simpulkan disini adalah… setiap kali sya beli CoolBlog sebenarnya sya sedang membeli kebahagiaan untuk diri sya, bestnya! Lagi satu bila penat dan letih sangat-sangat, sya selalu dapatkan CoolBlog ni. Bila dah dapat, rasa penat semua  tu terus hilang serta merta dan terus bertukar menjadi segar-bugar. Magic kan!

Uolls nak cuba boleh je pergi kat link ni, kat sini ada senaraikan outlet yang boleh uolls singgah untuk dapatkan CoolBlog ni


dan jangan lupa, kongsikan minuman ini bersama family, rakan, dan teman rapat. Sekian! #JOMCOOL
                                                                                                                                                                  
                                                 



Comments

Popular posts from this blog

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

ORANG BARU...